02 June 2012

KATANYA KAU SEORANG PEJUANG

(AYUH PEJUANG)

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sibuk update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL berbanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang….
p/s : Semoga dengan peringatan di atas dapat me'muhasabah'kan diri kita yang berjuang pada jalan ALlah.. Kita berharap agar segala kekurangan dapat diatasi supaya dakwah kepada umat akan jadi lebih berkesan..

CERITA DISEBALIK LAGU


 aku tak taw sama ada korang ada tertanya-tanya atau tak,sebab apa aku letak gambar macam ni..ermm.. mesti dengan words "kosong" memang dah agak nak citer pasal lagu najwa latif kosong tu kan..?? no no.. bukan yang tu.. Korang perasaan tak, mula-mula kita lahir kita memang kosong kan?? kosong ertinya disini, kita memang tak taw apa pon pasal diri kita, orang sekeliling kita, dunia. right?? tanpa kosong, satu takde la... bermula dengan kosong, orang takkan kenal erti takde apa-apa . . .cer tengok manusia-manusia yang berjaya sekarang.. takkan semua nya sukses tiba-tiba kan..mesti mula dari bawah, aku percaya, setiap orang yang tengah baca entry aku yang tak seberapa ni..mesti korang pernah hidup susah right? kalau tak korang,mungkin mak ayah korang,nenek, moyang korang dan keturunan sebelumnya :D . Aku, walau dulu aku tak hidup susah, pagi tanam ubi, pi ambik air telaga pagi-pagi just nak mandi,basuh baju..nuh..air perigi 10km nak cedok mandi..last2 balik umah,busuk balik.. Tu pengalaman orang-orang tua yang citer kat aku.. Alhamdulillah la.. aku sekarang tak payah nak gi cedok macam tu.. Tapi UmiAbah aku dulu pernah hidup susah, pagi-pagi tolong atok aku pergi sawah.. then gi sekolah jalan kaki..jalan kaki setakata 500 meter, hal kecik punya.. ni bukan 500meter beb.. 15km (actually aku maen agak je la.. nk korang bayang betapa jauhnya rumah ngan sekolah). Berpeluh diorang nak gi sekolah..bukan senang zaman dulu nak belajar.. So ,korang kena bersyukur la sebab korang tak macam mak ayah korang yang pernah hidop susah...

   Oh ya..berbalik dengan kosong..sebenarnya memang aku nak citer pasal lagu adik najwa latif tu..kosong.. just nak bagi mukadimah tu dulu.. aku suka part lagu dalam lagu kosong tu..kalau korang tak ingat,meh aku flashback balik >>> zzzzshshhhhh
 
"Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong"

   ha...korang bayangkan someona duk kutuk korang, duk caci,mengumpatla,mengeji la or anything else..tak kesahla..asalkan benda tu menyakitkan usus korang,mesti korang rasa down kan?? tipu la kalau tak rasa macam tu . . . masa tu pikiran kita kosong,buntu, sakit..tak taw nak buat apa.. so apa kata lirik seterusnya jadi pengubat>>>

"Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar"

   Look... !!satu motivasi untuk diri sendiri.. Kita Takyah suruh orang untuk memotivasikan diri kita.. kita dah cukop strongest untuk kembalikan diri kita sendri..orang lain just untuk bantu kita je..kini kita harus bangkit, then kita buktikan kepada semua orang kita tak sakit dengan apa yang mereka telah bagikat kita.. kita kena berjalan dan terus berjalan dengan sepantas yang mungkin..kita kena bergerak ke hadapan dan terus kehadapan..kalau korang berjalan belakang..bila korang nak maju??Last Skali kita kena buktikan seantaro dunia siapa diri kita sebenar.. Kita tunjukkan kebolehan kita..kita mampu melakukannya.. dan lagu "fikirkan boleh'' insyaallah dapat membantu korang,termasuk aku..

   Akhir Kalam . . . kalau korang rasa down sangat-sangat.. turn back to YANG MAHA ESA.. DIAlah tempat korang nak mengadu, DIA lah tempat korang nak menangis sekuat-kuatnya.. Aku yakin DIA MAHA MENDENGAR.. Korang Tryla Cuba.. Then Aku Yakin, DIA pasti campakkan satu ketenangan.. tak banyak,sikit pon jadi..sekurang-kurangnya hati korang tenang sket kan kan kan ? ? ?

16 November 2011

The Words 2...

::: Jangan Kamu Menunggu Hidayah ALLAH...Kamu Harus Mencari,Terus Mencari Dan Terus Mencari..Insyaallah,Allah Akan Memberinya Jika Kamu Berusaha dan Berdoa dan Bertawakkal.Jgn Kamu Kunci Hati Kamu Jika Hidayah Sudah Di Depan Mata Kamu :::


‎::: pakai tudung bukan berdasarkan keihlasan, tapi ianya satu kewajipan...renung2kan :::


::: Perjuangan Tidak Akan Berhenti Selagi Nyawa Masih Melekat Di SIni..Jgn Takut Untuk Bangkit Jgn Berhenti Jika Ada Halangan...Sesungguhnya Allah Bersama Kita :::
* Proud To Be Muslim *

‎::Dan brpgglah kmu smuanya kpd tali agma Allah,dan jgnlah kmu brcerai brai,dan ingtlh akn nkmt Allah kpdmu ktika kmu dhlu(msa jhiliyh)brmsuh-msuhn, mka Allah mmprstukn htimu,llu mnjdlh kmu krna nkmt Allah org2 yg brsaudara” [Surah Ali-Imran;103]::
~Frens!Mrilh Kta Brsatu.Wat Mnde Kta Gduh Ssma Islam?Yg Hrus Kta Lwn Adlh KAFIR LAKNATULLAH.Kta Dk Caci Sna,Ktuk Sni.Sdgkn Org Kfir Tgh Dk Ktwa Tgk Kta Gduh.Pliz..STOP IT!!


‎:: Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846) ::
p/s - sape2 yg suka lukis2 gambr tu,hentikanlah...haram..lukislah gmbr kete ke,umh ke,pokok dll,



‎::: Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam peperangan badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata, “Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” Yang dia maksudkan adalah gambar yang menyerupai makhluk bernyawa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338) :::

‎::: Dia Bukan Milikku...Tapi Aku Mengharapkanmu...Biar Allah Yg Menentukan Segalanya :::
(jgn anda trlalu mghrpkan cinta si dia,kelak anda akan fed up..Tapi Berharapla Cinta Allah Kerna Anda xmngkin Kecewa)

‎:::None can take from you what Allah SWT has gifted you. Talent is yours to protect, develop, use & ultimately, to share. Use it positively.:::


::: Dahulu Pemimpin Lebih Miskin Dr Rakyat..Hanya Mnum Seteguk Air,Sekarang Pemimpin Lebih Kaya Dr Rakyat,Rakyat Miskin Makan Dr Sisa2 Mknan..Dimana Pemimpin Sperti Umar abdul Aziz,Sehebat Hassan Al-Banna?? :::

::: Bersangka Baiklah Dgn Mnusia Kerana Itu Akn Membuat Fikiranmu Bersih Dari Fitnah,Berbuat Baiklah Dgn Mnusia Krn Itu Akn Mmbuat Hatimu Tenang,Jadilah Seorang Yg Berfikiran + Kerana Itu Adalah Kunci Kejayaan :::

the words....

::: Wahai Calon Imamku Yg Akan Bertahta Di Hatiku,jika engkau mengharapkn harta,aKu pasti mengecewaknmu.jika engkau mengharapkn wajah secantik puteri,aKu pasti mengecewaknmu.jika engkau mengharapkn layanan sebaik khadam,aKu pasti mengecewaknmu.kerana aku hanya wanita biasa dgn ketakwaan yg biasa saja,dan kecantikanku pun tak pantas di perhitungkan,namun aku adalah wanita akhir zaman,yg ingin berusaha menjadi wanita Sholehah,yg kan berusaha mengabdi pada calon Suamiku,dan Calon Ibu mertuaku :::
::: Sahabat...

Siapa kata 1 itu kecil?
~> 1 senyum memulai sebuah persahabatan
~> 1 tepukan mampu memberikan semangat
~> 1 langkah jadi awal sebuah perjalanan panjang
~> 1 kata mengawali sebuah doa
~> 1 orang SEPERTIMU begitu BERHARGA di mata ALLAH SWT.
Semoga harimu penuh berkah!
¤selalu berusaha memperbaiki diri tiap waktu ^.^¤ :::


::: Orang Yang Paling Bodoh ialah Orang Yg Xkenal Huruf Alif Ba Ta, Orang Yg Paling Degil ialah Orang Yang Sukar Terima Teguran Orang, Orang Yang Paling Huduh ialah Orang Yang Xpernah Ambik Wudhu', Orang Yang Paling Buta ialah Orang Yang Xnampak Apa Yang Islam Mahukan :::
p/s : jadilah orang yg cerdik, cantik, celik

::: Buat Apa Pakai Benda2 Canggih Kalau Dri Xmau Maju? Buat Apa Mahu Benda Yg Cantik2 Kalau Akhlak Itu Buruk? Mmg xDinafikan Kita Smua Mahu Yg Smpurna kan...??
Tapi Adkah Bnda Yg Smpurna Itu Mnjamin Kesempurnaan Iman Kita?? Belajarlah untuk Menerima,Belajarlah Utk Hidup Susah..Jangan Suka Perlekehkan Orang Lain dan Bangga Diri Dgn Apa Yg Kita Ada..Jgn Sombong..Berkawanlah Seramai Yg Mgkin,Jgan Skali Kita Bnci Membenci :::

‎::: kalau amanah dengan Allah dijaga rapi, insyaAllah dia akan amanah denganku nanti :::

‎::: "Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya..
Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung dan bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal mka aku fasik,dayus.aku rela msk neraka & malaikat Zabaniah melibas badanku sehingga pecah :::

Jawapan Keluhan

"this article i had copied from my friend on FB..so lets forward to another to another to another and to another..so we can get the benefits from it...."
Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya…………….
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB"dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
 - Surah Yusuf ayat 12

16 August 2011

::: The Story of Islamic Couple ?? :::

-Kisah Couple Islamic -
   Untuk renungan buat diriku dan sahabat2 sekalian... 

   Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.” Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas... p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..(NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA) peringatan untuk diri SAYA sendiri terutamanya...wallahualam. "Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan."-Imam Syafie-

13 July 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum..

::: Lama Sungguh Tidak Ku Update Blog Ni....Cibuk2 + Empty Ideas = Xsempat
Oh Yeah...Alhamdulillah Skrg Dh Smbung Belajar d KUIN...Skrg Impianku Nk bljr Sungguh2..."Manjada wajada"...
Doakan Saya Ye SAHABAT2..

--Proses Pembelajaran----->>>
 SPM>Diploma (Kuin)>Ijazah (Mesir)>Master(London)>kawin..hehe
Tinggikan Cita2 aku...Tapi nevermind..aslkan ada impian..Insyaallah impian ini akan ku capai.....

p/s ---'That's nothing impossible for me..because if we study hard n smart..Insyaallah we can accomplish our ambition...So try our best and never give up...InsyaAllah be a brilliant , intellgent's MUSLIM..!!
So,dont be lazy guys..knowledge is very important in our life..and dont be stupid!! '

~Wallahualam~

25 May 2011

Finally . . .

AL-FURQAN
   Alhamdulillah...pembikinan Majalah Yang Selama Ni Aku Tunggu2 Akhirnya Siap,Walaupun TidakLah Secantik Majalah Mestika,Yang Penting Mesejnya Sampai...Hasil Nukilan Sendiri,Kawan2,Buku2...Terbitlah " Majalah الفرقان"
Semoga Apa Yg Kita Lakukan,Mendapat Keredhaan,Rahmat Allah.....
Doakan Smoga Penjualan Majalah ini Laku...!!!!!heheh

   Siang Malam Bertungkus-lumus Menyiapakn majalah ini,meskipun tengah spm...ku xpeduli..dan sekarang Allah telah membalasnya...Cash!!..Sekarang Apa Yang Aku Harap..Semoga Medan Dakwah Yg Aku Lalui..Org Akan Menilai...Betapa Susahnya Untuk Berjuang...Bukan Senang Untuk Menjadi Senang...
   Sekarang Hati dah Lega.....

15 May 2011

Bukanya Sebuah Buku Baru....

 Hollaa...ooppss...Assalamualaikum...
hati sekarunk ni tengah gembira..SubhanaAllah....Terima Kasih Ya Allah..Kau berikan ak kesempatan untuk sambung belajar lps spm...meskipun result ak xdelah tahap akak madihah..tapi still boleh smbung belajar...dan sekarang ak yakin Firman-NYA.."barangsiapa tolong agama Allah..Allah akan tolong dia..."
  Dah bnyak dugaan yg terjadi...Sekarang Allah dah bagi cash beb....Bahagia sangat....dan AKU janji bukak je bulan JUN..buku baru akan dibuka..INSYAALLAH...tapi klu tunggu bulan JUN...msih ada lagi kah nyawa yg ku pinjam ini...HOPE SO....
  Sekarang sibuk prepare diri,iman untuk meneruskan perjuangan..LET'S Struggle!!..InsyaAllah bulan 6 smbung di  _ _ _ _...hehe...xley kasitahu lagi....dan ambik Kos akaun...AKU harap nk sangat jadi seorang AKAUNTAN yang amanah..dengan didikan agama yang ada, AKU akan jadi seorang penjaga AKAUN orang dengan amanah...sebab sekarang ni kan ramai yang kelentong sana...cilok sini...so..AKU nk membuktikan BUDAK SEKOLAH AGAMA macam AKU boleh buktikan pada SEMUA yang AKU boleh!!hahah...!!
  Hope Hope Hope sangat..Impianku  itu tercapai...(MEH pakat2 AMIN Blake) Dulu AKU giler nk jadi BISNES!!Kalau bab duet,xtawlah... AKU jadi gila..hehe..tapi bukan MATREALISTIK ok...tpi jadi akauntan pun pegang duet jugakkann..??Amin...So sekarang..buatlah apa2 yang baik bagi kita dengan ikhlas...kalau kita ikhlas..segala kerja kita dapat berkat...jgn duk harap sangat pembalasan ok!!!


"MOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA"
"JAGA IMAN SEMUA"
  

28 April 2011

Manusia Oh Manusia

-Human Oh People-

Apalagi yang kau mahukan??
Kemewahan???kesihatan???
smua Itu Allah telah berikan kepda kita...kenapa susah kita mahu bersyukur dgn apa yang DIA berikan kpd kita..
kenapa kita susah untuk buat apa yg DIA suruh,tinggal apa yang DIA larang...
Tapi Mcm2 la duk minta...nk syurga laaa...jauh dari api neraka...
Tapi Sikap Kita ini seolah2 kita tidak mahu akan syurga dan mahukan neraka mnjadi tmpat siksa kita...
bgaimana Untuk mnjelaskan pada mnusia akhir zaman ini....hidayah Allah sudah terbentang luas...jalan yang benar sudah terang benderang ditunjukkan....KebesaranNYA sudah terlihat dengan mata kasar tapi kita yang berpura2 buta untuk melihat semua ini....apakah ini dikatakan kita ini sombong dengan Allah??
Ya ...memang kita sombong dgn Allah....
Kita ego,kita takabbur,kita riak...kitalah smuanya...!


Ya Rabbi...alangkah indahnya jika ENGKAU memberikan hidayahMU kepada smua hambamu...tidak susah laa untuk hamba merintis setiap hari...hamba buntu YA ALLAH...hamba tidak mampu untuk mnjalan AMANAH-MU YA Allah...
Dgn Kluargaku & Shabatku Sendiri Aku tidak mampu untuk mentarbiyah..apatah dengan orang lain....bahkan Aku sdnri Susah untuk berubah
Ak Xmmpu Ya Allah!!..
Ampun dosaku yang tidak mnjalankan Amanah yang ENGKAU berikn padaku...
Tapi aku ttap trus pandang hadapan...meskipun orang lain mmbenci akan dakwahku...
:::berikanku kekuatan Ya Allah:::
Aku tidak mampu untuk melakukan seorang diri,aku memerlukan sahabat yang sama2 amar maaruf nahi mungkar...
:::aku tidak mampu untuk berkta2 lagi :::